Thursday, 27 December 2012

Peha Ayam Panggang Rosemary

Tempohari Sue ke Popular Bookstore... ingatkan nak cari Birthday Card untuk En Hubby sayang tapi tak dapat cari card yang sesuai. Cari punya cari, lain yang jumpa... buku 'Resepi Ayam Istimewa' (resepi barat yang diolah cara Melayu). Bagus juga buku resepi ni... resepinya mudah, sesuai dengan citarasa. Hari yang sama, Sue cuba salah satu dari resepi yang ada iaitu Ayam Panggang Rosemary. Memang menepati selera anak-anak.


Bahan-bahan
Peha Ayam - dibersih dan dikelar
Bawang putih - ditumbuk
½ sudu teh herba rosemary
1 sudu teh gula perang
2½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan serbuk cili - kalau suka pedas bolehlah ditambah sedikit sukatannya
Fresh rosemary
Minyak zaitun

Cara-cara
Gaulkan semua bahan di atas kecuali minyak zaitun dan perapkan sekurang-kurangnya ½ jam di dalam peti sejuk.

Panaskan oven dan susun ayam di dalam loyang. Renjiskan sedikit minyak zaitun ke atas ayam dan bakar sampai masak selama 25 hingga 30 minit.

Keluarkan ayam dan sedia dihidangkan.

Asam Pedas Ayam



ASAM PEDAS AYAM ni Sue buat untuk dinner semalam. Kalau sesiapa mahu merasa kena masak sendiri ya. Sebenarnya dari minggu lepas memang Sue teringin nak makan lauk ni cuma baru semalam berkesempatan untuk buat.

Bahan-bahan
Ayam - semestinya ayam
Cili kering
Cili padi
1 biji Bawang besar @ 8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Bunga kantan - kalau mahu *belah 2*
Daun kesum - letak lebih lagi sedap
Asam jawa

Cara-cara
Kisar cili kering, cili api, bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai dan belacan dengan sedikit air dan ketepikan. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga garing. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula air perahan asam jawa. Selepas itu masukkan air dan kacau. Bila ayam sudah hampir empuk, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula.

Thursday, 29 November 2012

Permata Hati Kami

It has been quite some time since my last post which was in June 2012. Lately, sejak hadirnya ahli baru dalam keluarga kami, Sue agak sibuk. Tak menang tangan dibuatnya tapi walaupun penat, hilang semua penat bila menatap wajah si kecil.


Inilah wajah permata hati kami. Nur Hannah Najwa nama diberi. Hannah dilahirkan pada 14 Ogos 2012 yang lalu... anugerah terindah menjelang syawal.


Hari ini, Hannah sudah pun berusia 3 bulan 17 hari. Kehadiran Hannah menambahkan lagi seri kebahagiaan dalam keluarga kami. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati keluarga kami. Amin.

Tuesday, 5 June 2012

Jus Markisa

Kalian suka buah markisa? Buah markisa ini memang sedap, rasanya masam-masam manis. Buah markisa juga sedap dimakan terus. Tadi selepas makan, hubby Sue minta buatkan air buah markisa. Mudah saja...

1 biji buah markisa
gula secukup rasa
air
ais


Belah buah markisa. Keluarkan isinya. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Kemudia tambahkan ais dan boleh terus diminum. Sangat sedap.

Markisa adalah tanaman yang berasal dari  Brasil. Di negara asal Markisa tumbuh liar di hutan-hutan basah. Terdapat kira-kira lebih daripada 400 spesies buah markisa, di mana sekurang-kurangnya 50 atau lebih daripadanya boleh dimakan. Dikenali juga dengan nama ‘passion fruit’ dan granadilla, pokok markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bahagian pokok yang banyak digunakan ialah daun, bunga, batang dan juga buahnya. Kandungan pitokimia yang terdapat di dalam markisa ialah passaflorine, harmine, harman, harmon, harmalin, karotenoid, vitexin, isovitexin, chrysin, scopoletin dan theobromine.

Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklah harman yang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.
Bunga pokok markisa pula mempunyai tindakan sedatif yang ringan dan boleh membantu untuk tidur. Dikatakan juga bahawa bunga pokok markisa telah digunakan dalam asma bronkial, insomnia, masalah saraf gastrousus dan masalah menopaus. Kadang-kala bunga pokok markisa juga turut digunakan sebagai halusinogen ringan.


Markisa dan imsomnia
Buah markisa kaya dengan vitamin B yang menenangkan dan potassium yang boleh mententeramkan system saraf. Buah markisa juga boleh meringankan gejala bagi mereka yang mengalami kesulitan tidur @ insomnia. Orang-orang Amerika Selatan secara tradisional makan buah markisa untuk membantu tidur. Bahkan menurut mereka, makan satu buah markisa sebelum tidur bisa bermimpi indah.

Mampu kurangkan simptom asma
Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa bunga pokok markisa mampu membantu melegakan kesakitan. Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa bunga pokok markisa juga boleh membunuh kebanyakan kulat dan baketia. Penemuan ini dikatakan telah menyokong kegunaan bunga pokok markisa oleh kaum Indian di Amerika yang menggunakannya dalam merawat luka.

Bahan harmala dalam bunga pokok markisa bersifat perangsang rahim. Namun begitu, keseluruhan bunga pokok markisa tidak berkait dengan keguguran bayi. Tetapi wanita hamil perlu mengelakkan diri daripada mengambil herba ini kerana tindakan kompleks sebegini memberi kesan kepada sistem saraf utama.

Kulit buah markisa dikatakan mampu memperbaiki simptom-simptom asma. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di Barat iaitu oleh Ronald Ross Watson dan rakan sekerja menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak buah markisa ungu mampu mengurangkan simptom-simptom asma. Mereka telah memilih 42 pesakit sebagai penerima ekstrak buah markisa ungu ini. Hasil daripada kajian itu telah mendapati bahawa 90% daripada pesakit telah sembuh daripada masalah sukar bernafas. Manakala termengah-mengah ketika bernafas pula telah berkurangan sebanyak 80% selepas empat minggu pengambilan ekstrak buah markisa.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok markisa, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Ayam Masak Bali

Ini pula menu untuk makan malam. Resepinya diambil dari kakak ipar Sue *mungkin tak sama tapi insyaallah rasanya sedap*. Kaedahnya lebih kurang sama dengan ayam masak kicap tapi ada bezanya.

Ayam digoreng terlebih dahulu tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan daun kari, daun limau, serai, hirisan bawang besar, cili merah dan sedikit ciliapi. Kacau sebentar. Masukkan cili yang telah dimesin. Kacau.

Jika suka, masukkan kentang dan lobak merah. Kemudian masukkan kicap. Sue gemar gunakan kicap kipas udang. Rasanya memang sedap. Kemudian masukkan ayam dan kacau agar ayam sebati. Tambahkan sedikit lada hitam dan lada sulah jika suka. Angkat dan boleh dimakan.

Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba.

Monday, 4 June 2012

Sambal Goreng Ikan Tenggiri

Since hari ni papa kerja... cuma mama dan anak2 yang di rumah, mama cuma masak lauk yang sangat mudah saja. Sebenarnya hari ni papa janji nak bawa anak2 jalan tapi disebabkan papa agak sibuk so jalan2 ditunda ke hari esok... nasib baik anak2 faham,




Ikan tenggeri ni baru lagi, Sue beli di Pantai Puteri. Nasib memang baik sebab kebetulan waktu pergi mencari ikan, nelayan baru saja naik dari laut. Ikan tenggeri di goreng dan diangkat.
Kemudian tumiskan bawang sehingga wangi dan masukkan cili. Masukkan gula sedikit agar nanti sambal tidak terlalu pedas. Kacau perlahan-lahan dan biarkan seketika. Apabila sambal sudah agak garing, masukkan ikan tenggeri tadi. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Fried Spiral Pasta Malay Style

Hari ni Sue cuti... saja cuti sebab nak teman anak2 sempena cuti sekolah. Anak2 memang seronok bila Mama cuti sebab Mama banyak masa untuk mereka. Untuk sarapan pagi ni anak2 minta Mama buatkan Fried Spiral Pasta... so Fried Spiral Pasta it is.



Bahan:
Spiral Pasta
Daging Cincang
Sausage (dihiris nipis)
Carrot
Bawang mesin
Cili mesin

Spiral pasta dimasak ikut arahan seperti yang tertulis pada paket  dan toskan. Daging cincang dan sausage digoreng sekejap dan angkat *digoreng berasingan*. Kemudian tumiskan bawang sehingga wangi dan cili sehingga separuh gareng. Masukkan carrot dan sausage. Kemudian masukkan spiral pasta dan daging cincang tadi. Kacau rata. Angkat dan boleh dihidang.

*sama caranya dengan membuat mee goreng cuma mee digantikan dengan pasta*

Thursday, 31 May 2012

Fried Fettucini... Own Style

Hari ni anak2 tak mahu makan yang heavy so ada leftover fettucini dalam fridge tu dari membazir... jadilah menu mudah mama ni. Kaedahnya sama saja seperti membuat mee goreng cuma mee digantikan dengan fettucini.

Untuk lebih enak, sebelum Sue memasukkan fettucini Sue masukkan telur *ikut suka* ke dalam sambal dan kacau supaya telur hancur dan sebati. Kemudian masukkan fishball dan fettucini. Gaul supaya semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan panas2.

Adik enjoyed fried fettucini mama especially bila mama juga allowed adik minum F&N sarsi bersama juadah ni.

Wednesday, 30 May 2012

Fettucini Carbonara

Hari ini adalah hari ke 3 Sue berpuasa. Alhamdullillah... cadang nak berpuasa hingga minggu depan. Harap2 tak ada halangan. Seperti biasa... sampai rumah dah pukul 6.30 petang so menu mudah saja untuk berbuka puasa hari ni.


Sue gunakan ready-made can white sauce i.e carbonara and cendawan Prego. Untuk fettucini Sue gunakan brand Arbeli.


Masukkan ready-made sauce ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air. Masukkan meatball/chickenball tapi hari ini Sue gunakan black pepper sausage yang telah dihiris. Sue juga masukkan brown button mushroom sebab anak-anak memang suka makan mushroom. Kacau perlahan-lahan dan biarkan mendidih sehingga sauce pekat.

Untuk fettucini pula, masak ikut arahan seperti yang tertulis pada paket  dan toskan. Terpulang kepada selera dan kreativiti untuk mengolah supaya rasanya sedap.

Tuesday, 29 May 2012

Tips and Trivia : Yellow Onion

Scientific Binomial Name: Allium cepa

Yellow Onion also known as a Brown Onion, is a variety of dry onion with a strong flavor. White inside, its layers of papery skin have a yellow-brown color. It has a rich onion taste and is fit for food dishes like French Onion Soup. Yellow onions are typically available throughout the year. This onion is higher in sulfur which gives it a stronger, more complex flavor. Yellow Onions are very low in Saturated Fat, Cholesterol and Sodium. They're also a good source of Dietary Fiber, Vitamin B6, Folate, Potassium and Manganese, and an excellent source of Vitamin C.

Usage: Raw in salads, barbecued on shish kebabs, in stews and soups, on sandwiches and in meat dishes.

Bilis Goreng Bawang

Lauk untuk Sue berbuka puasa semalam. Bukan malas tapi takut tak sempat sebab sampai rumah balik dari kerja pun dah pukul 6.30 petang. Makan dengan nasi panas... hmmmm!

Bahan
Ikan Bilis
Bawang besar (Sue guna yellow onion)
Cili merah
Cili hijau
Bawang kecil & bawang putih

Cara Memasak
Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu. Ikut suka selera masing-masing samada ikan bilis mahu digoreng garing atau tidak. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bawang kecil dan bawang putih. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan pula cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.