Thursday 27 December 2012

Peha Ayam Panggang Rosemary

Tempohari Sue ke Popular Bookstore... ingatkan nak cari Birthday Card untuk En Hubby sayang tapi tak dapat cari card yang sesuai. Cari punya cari, lain yang jumpa... buku 'Resepi Ayam Istimewa' (resepi barat yang diolah cara Melayu). Bagus juga buku resepi ni... resepinya mudah, sesuai dengan citarasa. Hari yang sama, Sue cuba salah satu dari resepi yang ada iaitu Ayam Panggang Rosemary. Memang menepati selera anak-anak.


Bahan-bahan
Peha Ayam - dibersih dan dikelar
Bawang putih - ditumbuk
½ sudu teh herba rosemary
1 sudu teh gula perang
2½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan serbuk cili - kalau suka pedas bolehlah ditambah sedikit sukatannya
Fresh rosemary
Minyak zaitun

Cara-cara
Gaulkan semua bahan di atas kecuali minyak zaitun dan perapkan sekurang-kurangnya ½ jam di dalam peti sejuk.

Panaskan oven dan susun ayam di dalam loyang. Renjiskan sedikit minyak zaitun ke atas ayam dan bakar sampai masak selama 25 hingga 30 minit.

Keluarkan ayam dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment