Thursday, 27 December 2012

Asam Pedas Ayam



ASAM PEDAS AYAM ni Sue buat untuk dinner semalam. Kalau sesiapa mahu merasa kena masak sendiri ya. Sebenarnya dari minggu lepas memang Sue teringin nak makan lauk ni cuma baru semalam berkesempatan untuk buat.

Bahan-bahan
Ayam - semestinya ayam
Cili kering
Cili padi
1 biji Bawang besar @ 8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Bunga kantan - kalau mahu *belah 2*
Daun kesum - letak lebih lagi sedap
Asam jawa

Cara-cara
Kisar cili kering, cili api, bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai dan belacan dengan sedikit air dan ketepikan. Kemudian tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga garing. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula air perahan asam jawa. Selepas itu masukkan air dan kacau. Bila ayam sudah hampir empuk, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula.

No comments:

Post a Comment