Thursday, 17 July 2014

Simple Tortilla Wrap

Wah! Dalam tak sedar, hampir 1 setengah tahun Sue tidak menjenguk di sini. Hannah pun dah berusia 2 tahun. Makin lasak, tak adalah istilah duduk diam dalam kamus hidup Hannah.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, rasanya belum terlambat untuk Sue ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua.

Bulan puasa ni memang agak sibuk. Balik kerja, terkejar-kejar nak buat itu dan ini so seperti biasalah... menu mudah mama pasti menjadi pilihan. Semalam teringin nak makan tortilla wrap. Inspirasi dari menu iftar "geng pikul budak".

Bahan yang Sue guna :

Wrap (Sue guna Mission Wraps Potato. Kadang-kadang pakai yang original tapi yang potato ni rasanya lebih sedap)
 


Bahan lain yang Sue gunakan ialah nugget ayam, chicken patties, iceberg lettuce, mayonnaise, thousand Island dan sos cili.

Cara-cara:

1. Ambil sekeping wrap, letak di atas pan. Grill kejap (tanpa minyak).
2. Angkat wrap dan ketepikan.
3. Gorengkan nugget dan chicken patties. Angkat dan toskan.
4. Susun lettuce, nugget dan patties di atas wrap kemudian tuangkan sos cili, mayonnaise dan 1000 island.
5. Gulung dan potong dua.  



Selamat mencuba!
#gengpikulbudak... you know who you are. Thanks and love ya!

No comments:

Post a Comment