Monday, 4 June 2012

Fried Spiral Pasta Malay Style

Hari ni Sue cuti... saja cuti sebab nak teman anak2 sempena cuti sekolah. Anak2 memang seronok bila Mama cuti sebab Mama banyak masa untuk mereka. Untuk sarapan pagi ni anak2 minta Mama buatkan Fried Spiral Pasta... so Fried Spiral Pasta it is.



Bahan:
Spiral Pasta
Daging Cincang
Sausage (dihiris nipis)
Carrot
Bawang mesin
Cili mesin

Spiral pasta dimasak ikut arahan seperti yang tertulis pada paket  dan toskan. Daging cincang dan sausage digoreng sekejap dan angkat *digoreng berasingan*. Kemudian tumiskan bawang sehingga wangi dan cili sehingga separuh gareng. Masukkan carrot dan sausage. Kemudian masukkan spiral pasta dan daging cincang tadi. Kacau rata. Angkat dan boleh dihidang.

*sama caranya dengan membuat mee goreng cuma mee digantikan dengan pasta*

No comments:

Post a Comment