Wednesday, 10 August 2011

Kari Ikan Kurau Masin

Ini adalah salah satu dari lauk kegemaran hubby. Dia memang suka sangat makan lauk ni.

Bahan
Ikan kurau masin
Serbuk kari ikan (Sue suka guna serbuk Adabi)
Cili mesin (jika sukakan pedas)
Bawang kecil & bawang putih (mesin)

Bendi
Lobak Merah
Cili Merah

Cara Memasak
Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan serbuk kari. Kemudian masukkan pula cili mesin. Biarkan sedikit garing.

Sue lebih suka masukkan lobak merah terlebih dahulu supaya cepat empuk. Masukkan pula ikan masin tadi dan sedikit perahan air asam jawa. Renehkan sebentar dan masukkan bendi dan cili merah. Biarkan mendidih dan kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Lauk ini tidak memerlukan garam kerana ikan masin tu sudah cukup masinnya.

Sambal Ikan Bilis Belimbing

Dah lama Sue tak update blog ni. Kebelakangan ni Sue sibuk sangat. Terlalu banyak urusan yang harus diuruskan. Baru sekarang berkesempatan untuk menjenguk Actually lauk ni dah lama dulu Sue masak. Tapi masa tu bukan main susah nak dapatkan belimbing tu. Biasalah, bila teragak nak makan memang susah nak cari bahan. Alhamdullillah, akhirnya dapat juga. Sue beli belimbing tu di pasar malam.

Bahan
Ikan Bilis (digoreng)
Buah Belimbing
Bawang kecil & bawang putih (mesin)
Cili (mesin)

Cara Memasak
Ikan bilis hendaklah digoreng terlebih dahulu, diangkat dan diketepikan. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan cili mesin. Bila sambal sudah hampir garing, masukkan ikan bilis dan belimbing. Mudah bukan?

Tuesday, 19 April 2011

Bubur Nasi

Tempohari Syiqa kena food poisoning. Kesian tengok dia. Sudahlah Syiqa tu jenis yang terlebih lemah lembut, bila tak sihat lagilah lembik dibuatnya. Awal pagi Papa dah bawa dia ke klinik. Doktor tak benarkan beri dia solid food so bila Mama balik dari kerja terus buatkan bubur nasi ni untuk dia. Adik pun suka makan bubur nasi ni so Mama buat lebih sikit supaya adik pun boleh tumpang sekaki.

Bahan
Beras (dibasuh bersih)
Carrot
Air secukupnya

Cara Memasak
Masakkan bersama carrot dan ditambah sedikit garam.

Jika suka boleh juga dimakan bersama ikan bilis goreng. Disebabkan bubur nasi ni untuk orang yang tidak sihat so bubur kosong saja.


 

Ayam Lemak Kuning

Bahan
Ayam
Carrot & kentang
Santan
Sedikit cili mesin (jika ingin pedas lebihkan sukatannya)
Bawang kecil & bawang putih (dimesin)
Serbuk kunyit (pilihan Sue ialah Adabi)

Cara Memasak
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana. Kacau supaya tidak pecah santannya. Biarkan sehingga ayam empuk.

Mudah bukan? Lauk ini selain dimakan dengan nasi boleh juga dimakan dengan roti. Kadang-kadang suami Sue suka lauk ini dimakan denngan roti saja.

Monday, 11 April 2011

Tomyam Putih

Ayam lagi!!! Tapi kali ni tomyam ayam. Baby memang suka makan tomyam samada tomyam biasa atau tomyam putih. Setiap kali bila suami bawa kami makan di luar (erti kata lain, bila Sue dapat cuti memasak), mesti baby akan order tomyam campur & nasi putih. Susah nak buat baby tukar menu dia. Kadang-kadang bila tanya "baby tak mahu tukar menu lain ke?" tetap dengan tomyam campur & nasi putih. Setiap kali bila Sue masak menu ni, mesti baby makan dengan semangat. Seronok betul.

Bahan
Ayam (jika suka boleh ditukar dengan daging atau seafood)
Carrot, kobis bunga & anak jagung
Celeri, tomato & cendawan (jika suka)
Bawang besar
Cili padi (ketuk)
Serai
Daun limau
Serbuk tomyam putih (Sue guna serbuk tomyam putih maggi)

Cara Memasak
Masukkan serbuk tomyam putih ke dalam periuk bersama air. Kemudian masukkan ayam dan jerangkan di atas dapur sehingga ayam empuk. Masukkan cili padi dan bahan-bahan yang lain (sengaja tidak dimasukkan dari awal supaya sayur-sayuran tadi tidak terlalu masak dan lembik).

Sambal Ayam

Ayam!!! Ayam semesti lauk pilihan semua kalau dibandingkan dengan ikan. Anak-anak lebih gemarkan ayam dari ikan. Sue akan pastikan ayam dibuang kulitnya terlebih dahulu barulah dimasak samada ayam digoreng atau dibuat lauk. 

Bahan
Ayam
Bawang kecil & bawang putih (mesin)
Cili (mesin)
1 biji tomato (dipotong kecil)
Hirisan Bawang besar (jika suka)
Cara Memasak
Ayam hendaklah digoreng terlebih dahulu, diangkat dan diketepikan. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan cili mesin. Goreng dan masukkan tomato. Bila sambal sudah hampir garing, masukkan ayam dan hirisan bawang besar tadi. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Daging Goreng Kunyit

Lauk ni juga adalah kegemaran semua orang. Nak sediakan pun tidaklah susah sangat. Mudah dan cepat.

Bahan
Daging
Serbuk Kunyit (Sue selalu gunakan serbuk kunyit adabi)
Carrot & kacang panjang
Bawang kecil & bawang putih (mesin)
Cili merah (penambah seri je)
Cara Memasak
Gaulkan daging yang telah dihiris nipis bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan sekejap supaya gaulan tadi sebati. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daging. Goreng sehingga garing atau ikut selera masing-masing.
Angkat daging dan ketepikan. Tumiskan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan daging , carrot & kacang panjang. Gaulkan sebati dan bolehlah diangkat sesudah carrot & kacang panjang tadi empuk.

Sungguh membuka selera jika dimakan dengan nasi panas2.

Sunday, 3 April 2011

Sambal Udang Petai

Lauk ni merupakan salah satu lauk kegemaran Syira. Anak bongsu Sue ni memang suka makan pedas. Kalau tak ada lauk yang pedas tak sedap katanya. Petai pula kegemaran Syiqa sama dengan Papa mereka. Syafiq pula sukakan udang jadi memang lauk ni menjadi kegemaran semua.


Bahan
Bawang kecil, bawang putih, cili (semuanya hendaklah dimesin)
semestinya udang
dan petai

Cara Memasak
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan yang telah dimesinkan tadi. Kacau sekejap hingga naik bau @ biarkan garing sedikit. Sebelum memasukkan udang, masukkan sedikit perahan air asam dan biarkan sambal itu sekejap. Kemudian masukkan pula udang dan kacau hingga mesra dengan sambal tadi. Tidak perlu tunggu lama untuk memasukkan petai. Saya suka masukkan petai kemudian sebab tidak mahu petai itu hilang rangupnya. Tambahkan garam, gula dan perisa. Biarkan sekejap kemudian barulah diangkat dan bolehlah dihidangkan. Pasti menambat selera mereka yang sedang menunggu di meja.

Cooking With Heart

Salam to all and welcome to my blog, "Cooking With Heart".

Tujuan Sue melahirkan blog ini hanyalah untuk berkongsi menu mudah yang Sue sediakan untuk menjamu keluarga. Walaubagaimanapun Sue ni bukanlah seorang "chef" yang hebat.  Cukuplah sekadar untuk santapan keluarga tersayang. Sue memang gemar memasak. Seronok rasanya bila tengok anak-anak suka dengan masakan Sue lebih-lebih lagi bila setiap kali si kecil Syira a.k.a Baby bersuara... "sedap Mama masak". Hilang penat walaupun sehari suntuk di pejabat dan disambung lagi dengan kerja-kerja lain di rumah.

Sue akan cuba kemaskini blog ini setiap kali ada menu mudah yang baru Sue cuba. Sue amat berharap agar rakan-rakan semua sudi melayari blog ini dan mencuba sendiri apa yang rakan-rakan rasa mudah menyediakannya untuk mereka yang tersayang.

Have fun cooking.