Thursday, 31 May 2012

Fried Fettucini... Own Style

Hari ni anak2 tak mahu makan yang heavy so ada leftover fettucini dalam fridge tu dari membazir... jadilah menu mudah mama ni. Kaedahnya sama saja seperti membuat mee goreng cuma mee digantikan dengan fettucini.

Untuk lebih enak, sebelum Sue memasukkan fettucini Sue masukkan telur *ikut suka* ke dalam sambal dan kacau supaya telur hancur dan sebati. Kemudian masukkan fishball dan fettucini. Gaul supaya semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan panas2.

Adik enjoyed fried fettucini mama especially bila mama juga allowed adik minum F&N sarsi bersama juadah ni.

Wednesday, 30 May 2012

Fettucini Carbonara

Hari ini adalah hari ke 3 Sue berpuasa. Alhamdullillah... cadang nak berpuasa hingga minggu depan. Harap2 tak ada halangan. Seperti biasa... sampai rumah dah pukul 6.30 petang so menu mudah saja untuk berbuka puasa hari ni.


Sue gunakan ready-made can white sauce i.e carbonara and cendawan Prego. Untuk fettucini Sue gunakan brand Arbeli.


Masukkan ready-made sauce ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air. Masukkan meatball/chickenball tapi hari ini Sue gunakan black pepper sausage yang telah dihiris. Sue juga masukkan brown button mushroom sebab anak-anak memang suka makan mushroom. Kacau perlahan-lahan dan biarkan mendidih sehingga sauce pekat.

Untuk fettucini pula, masak ikut arahan seperti yang tertulis pada paket  dan toskan. Terpulang kepada selera dan kreativiti untuk mengolah supaya rasanya sedap.

Tuesday, 29 May 2012

Tips and Trivia : Yellow Onion

Scientific Binomial Name: Allium cepa

Yellow Onion also known as a Brown Onion, is a variety of dry onion with a strong flavor. White inside, its layers of papery skin have a yellow-brown color. It has a rich onion taste and is fit for food dishes like French Onion Soup. Yellow onions are typically available throughout the year. This onion is higher in sulfur which gives it a stronger, more complex flavor. Yellow Onions are very low in Saturated Fat, Cholesterol and Sodium. They're also a good source of Dietary Fiber, Vitamin B6, Folate, Potassium and Manganese, and an excellent source of Vitamin C.

Usage: Raw in salads, barbecued on shish kebabs, in stews and soups, on sandwiches and in meat dishes.

Bilis Goreng Bawang

Lauk untuk Sue berbuka puasa semalam. Bukan malas tapi takut tak sempat sebab sampai rumah balik dari kerja pun dah pukul 6.30 petang. Makan dengan nasi panas... hmmmm!

Bahan
Ikan Bilis
Bawang besar (Sue guna yellow onion)
Cili merah
Cili hijau
Bawang kecil & bawang putih

Cara Memasak
Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu. Ikut suka selera masing-masing samada ikan bilis mahu digoreng garing atau tidak. Angkat dan ketepikan.

Tumiskan bawang kecil dan bawang putih. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan pula cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau sebentar dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.